Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, Kelab Rekreasi Terminal Melaka dapat ditubuhkan dengan jayanya. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua kakitangan Terminal Melaka untuk sama-sama menjayakan setiap program yang dirancang. Di harap, dengan adanya kelab ini, banyak program yang bermanfaat dapat dianjurkan dan secara tidak langsung dapat menyemai semangat kerjasama yang erat sesama kakitangan dan juga budaya hidup yang sihat dan cergas. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada auditor blog ini iaitu En Azizi kerana telah berjaya mewujudkan blog yang begitu menarik dan interaktif khas untuk aktiviti-aktiviti yang di anjurkan di TerminalMelaka di bawah Kelab Rekreasi Terminal Melaka.
Sekian.

No comments:
Post a Comment