Sunday, July 19, 2009

Kata Alu-Aluan Penasihat

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan kata-kata aluan di dalam “Blog Kelab Rekreasi PDB Terminal Melaka” dan juga bagi pihak Pengurusan Minyak dan LPG Terminal Melaka.

Sukacita saya mengucapkan syabas di atas usaha Jawatankuasa Kelab yang bertungkus lumus bagi mengadakan blog ini. Sesungguhnya penghasilan blog ini membuktikan bahawa betapa prihatinnya Jabatan terhadap seluruh kakitangan agar dapat mempertingkatkan pengetahuan IT dengan lebih dalam. Saya berharap agar blog ini jangan di salah gunakan di harap semua kakitangan dapat memberi pandangan serta komen yang positif.

Saya mengucap berbanyak banyak terima kasih kepada semua Jawatankuasa Kelab yang telah Berjaya menjalankan aktiviti aktiviti Kelab dan berusaha lagi agar Kelab akan terus maju kehadapan khusus nya kepada En. Fadrul Rahsid yang mengetuai Jawatankuasa ini.

Akhir kata saya mengharapkan agar dengan penghasilan Blog ini dapat memberi suatu sumber maklumat IT yang cepat dan tepat serta kakitangan semua berpuashati,

Sekian, terima kasih.

No comments: